Friday, January 10, 2014

MICROLEMBUT PEJABAT 2013


Kepada sesiapa yang berhajat untuk menggunakan perisian terbaru ini, bolehlah mencubanya. dibawah ini saya sediakan link untuk memua turun patchnya. Boleh digunakan secara free.

Caranya

1) Download software dari mana2 sumber(kerana kami tidak sediakan, kami hanya sediakan keygen dan patch sahaja.

2) Install dan masukan keygen dibawah

3) Install patch

4) Siap




Download Sini:
MicroLembut Pejabat 2013

Download keygen
keygen

Monday, December 16, 2013

Fiqh aqoliyat(fiqh minoriti) dr yusof qaradawi.



Dr yusof al-qaradowi, menulis satu buku ditujukan khas kepada umat islam diseluruh dunia yang mana majoriti penduduk muslimnya adalah minoriti.

Antara soalan yang sering ditanya oleh mereka:-

Di antara soalan-soalan yang sering kali  diajukan kepada orang alim yang menziarahi negara- Ataynegara eropah ialah:

Apakah hukum daging-daging yang dijual di pasar-pasar dan dihidangkan di restoranrestoran. Sedangkan dia adalah dari sembelihan masyarakat berkenaan yang kita tidak tahu telah mencukupi syarat atau tidak?

Adakah wajib sembelihan-sembelihan ini memenuhi semua syarat sembelihan seorang Muslim atau diberi sedikit rukhsah pada sembelihan Ahli Kitab yang Allah taala telah haruskan makanan-makanan mereka untuk kita?

Adakah wajib bagi kita untuk menyelidik, bertanya atau menyiasat mengenai sembelihan itu? Atay apa yang tidak kita ketahui, tidak perlu kita bertanya mengenainya. Kita sebutkan nama Allah taala ke atasnya dan kita makan?

Apakah hukum makanan seperti jelly dan bukan makanan seperti sabun atau ubat gigi tertentu yang mungkin dibuat dari minyak babi asli tetapi telah berubah melalui proses kimia, seperti yang diungkapkan oleh para fuqaha ‘telah hilang sifat najisnya’. Adakah dikira bahan itu mengikut asalnya dari babi atau mengikut keadaannya yang telah berubah sekarang ini?

Apakah hukum keju yang mengandungi bahan rennet yang diambil dari perut binatang, yang mungkin datang dari babi atau binatang lain? Apakah hukumnya, jika terdapat sangkaan yang kuat bahawa ia diambil dari babi?

Jika kita simpulkan bahawa ia diambil dari babi, adakah ia najis atau tidak? Jika ia adalah najis, adakah kadarnya dalam pembuatan keju boleh digolongkan sebagai kadar yang tidak dapat dimaafkan atau termasuk pada kadar yang dimaafkan kerana jumlahnya yang sedikit.

Apa pula hukum bekerja di restoran-restoran yang menghidangkan daging bagi dan arak? Apa pula hukum makan di dalamnya? Walau pun jika tidak minum arak atau memakan babi?

Apa pula hukum pekerjaan seorang Muslim di tempat-tempat seperti kedai runcit dan supermarket yang menjual barang-barang yang kebanyakannya adalah halal tetapi terdapat di antaranya juga arak dan daging babi.

Adakah boleh bagi orang-orang Islam untuk membuka kedai-kedai seperti ini jika undangundang mewajibkan mereka untuk menjual barang-barang yang diharamkan, walaupun jumlahnya sedikit? Atau seorang Muslim diharamkan sama sekali dari perniagaan seperti ini?

Apa hukumnya jika seorang Muslim dijemput ke majlis perkahwinan yang ada hidangan arak dan babi, walaupun makanan itu tidak dihidangkan kepadanya secara peribadi? Adakah dia memberi alasan untuk tidak menjawab jemputan dan hidup bersendirian dan terputus dari masyarakat sekelilingnya, sehingga ia menggambarkan imej yang negatif mengenai Islam? Atau pun dia menerimanya atas dasar berbudi bahasa dan berbaik-baik dalam kehidupan bersama.

Apa hukum memberi salam / ucapan ke atas orang-orang bukan Islam? Apa hukum berbudi bahasa dalam menghadiri majlis perkahwinannya dan meraikan kegembiraannya yang diakui syara’? Apa hukum mengucapkan tahniah terhadap hari-hari perayaannya? Khususnya, jika dia mengucapkan tahniah kepada orang-orang Islam di hari perayaan mereka. Terutama pula hari-hari perayaan yang berkaitan dengan agama seperti Hari Krismas.

Apa pula hukum perkahwinan yang dijalankan di negara-negara berkenaan melalui saluran rasmi? Adakah perkahwinan yang tidak dijalankan oleh seorang Muslim, sesuai dengan syara’ ? Atau mestikah ia diakadkan di masjid atau pusat Islam oleh salah seorang tokoh agama? Adakah yang seperti ini tidak memerlukan perakuan dari saluran rasmi?

Apa pula hukum perceraian jika disempurnakan melalui saluran rasmi tetapi ditolak oleh suami kerana ia adalah perceraian dari hakim yang bukan Islam

Apa pula hukum seorang Muslim yang berkahwin dengan isteri kedua, secara adat, tetapi undang-undang tidak membenarkan sedemikian?

Siapa pula yang menjamin hak-hak si isteri jika dia berselisih dengan suaminya? Bolehkah seorang imam di pusat Islam menyalahi undang-undang dan mengakadkan perkahwinan seperti ini?

Bolehkah bagi seorang perempuan mengahwinkan dirinya sendiri tanpa wali jika keadaan yang susah menyebabkan dia terpaksa tinggal bersendirian di negara berkenaan? Atau mestikah ketua golongan pendatang atau imam pusat Islam yang menjadi wali baginya?

Apakah pula hukum berkahwin dengan wanita Barat? Adakah orang Barat hari ini dianggap sebagai Ahli Kitab atau golongan yang tidak beragama? Adakah terdapat syarat-syarat bagi perkahwinan seperti ini?

Apa pula hukum seorang wanita yang masuk Islam tetapi suaminya tidak menganut Islam bersamanya? Mestikah dipisahkan antara keduanya atau adakah huraian yang lain?

Apa pula hukum seorang Muslim yang bapanya atau ibunya yang bukan beragama Islam mati meninggalkan harta warisan. Mengikut undang-undang, dia mempunyai hak samada secara keseluruhan atau sebahagian terhadapnya. Adakah dia meninggalkan harta ini sedangkan dia amat memerlukannya untuk dirinya, keluarganya, saudara-saudaranya atau untuk dakwah Islamiah, kerana seorang Muslim tidak boleh mewarisi orang bukan Islam sebagaimana seorang bukan Islam tidak boleh mewarisi seorang Islam? Atau di sana terdapat rukhsah bagi si Muslim ini untuk mewarisi harta dari bapa atau ibunya?

 Apa pula hukum berurusan dengan bank-bank riba’ dan syarikat-syarikat insuran di negaranegara ini sedangkan tiada yang lain darinya?

 Adakah boleh kita menyimpan wang di dalamnya dalam keadaan terpaksa? Adakah boleh kita menyimpan wang kita dengan faedah bunga? Lalu kita ambil faedah bunganya untuk diberikan kepada fakir miskin atau badan-badan Islam tidak mendapat bantuan kewangan yang diperlukannya?

 Apa pula hukum membeli rumah-rumah melalui pinjaman bank yang mengandungi riba’, bila seorang Muslim memerlukan rumah sendiri yang selesa keselesaan bagi keluarga dan tetamunya supaya dia tidak lagi dikuasai oleh pemilik rumah? Terutama sekali jika bayaran faedah bank dari faedah sama atau hampir sama dengan apa yang dia bayar dari sewa bulanan?

Apa pula hukum menyertai aktiviti-aktiviti politik di negara berkenaan melalui proses pilihanraya atau pencalonan, jika dibenarkan oleh undang-undang, dengan menyokong parti-parti tertentu, atau menyertai dan menganggotainya atau menyokong sebahagian calon-calon yang lebih banyak manfaatnya bagi orang-orang Islam?

Bolehkah orang Islam mewujudkan parti yang memperjuangkan tuntutan-tuntutan mereka?

Apa pula hukum beramal secara jama`i di antara orang Islam untuk mendirikan masjid, sekolah-sekolah, kelab-kelab, institusi-institusi kemasyarakatan, kebudayaan dan ekonomi

download disini:-

Fiqh Minoriti

Friday, November 8, 2013

koleksi kitab haraki



Koleksi kitab ini diambil dari seorang rakan, kemudian saya uploadnya kembali dalam bentuk zip, supaya senang untuk di download. Katanya, supaya disebar-sebarkan. So salah satu langkah penyebarannya adalah blog la...



download sini:

usul 20- hasan al-banna

Tuesday, November 5, 2013

Pemilik Ihya Ulumudian Imam Ghazali r.a


Susunan bahasabya yang begitu cantik,menyebabkan sesiapa sahaja yang membacanya pasti akan tersentuh dengan penyampaiannya, itulah imam Ghazali r.a. Tidak hairanlah mengapa kitab ini kekal sehingga pada hari ini. Allah berikanlah ak peluang untuk berjumpa dengan ghazali nanti.

download bahasa melayu bab 5 dan 6

full version arabic




Sunday, October 27, 2013

Qawaid nahu style qawaid fiqhiah

القواعد النحوية على طريقة القواعد الفقهية من كتاب الشرح الميسر على ألفية ابن مالك

1- كلّ لفظٍ مفيدٍ كلام
2- كلُّ كلمةً أو جملةٍ أو كلامٍ فهو قول وكل قول لفظ
3- الفعل مرتبط بزمان
4- الأصل في الأسماء الإعراب
5- كلُّ حرف مبنيٌّ
6- كل مضمرٍ مبنيُّ
7- الأصلُ في البناء السكون
8- الحركات هي الأصل في الإعراب
9- قد يكون الإعراب بالحرفِ أو بالحذف
10- المعارف سبعة فقط
11- الضمائر والإشارة والموصول: ألفاظ محصورة
12- الأصل في (أل) أن تكون للتعريف
13- النيابة في الحركاتِ والحروفِ والكلماتِ
14- كلُ اسم مرفوع ليس قبله شيءفهو مبتدأُُ أو خبر
15- المبتدأ وخبره، والفاعل ونائبه، مرفوعات
16- الأصل في الأخبار أن تؤخر
17- حذف ما يعلم جائز
18- الحذف بلا دليل ممتنع
19- الأصل في المبتدأ أن يكون معرفة
20- لا يجوز الابتداء بالنكرة مالم تُفد
21- ” كان ” وأخواتها ولواحقها رافعةٌ للمبتدأ ناصبةٌ للخبر
22- ” إنّ ” وأخواتها و” لا ” النافية للجنس ناصبةٌ رافعةٌ
23- ” ظنّ ” وأخواتها تنصب الجزئين
24- الاسم المرفوعُ بعد الفعلِ فاعلٌ أو نائبه
25- ” أرى ” وأخواتها الست تنصب ثلاثة
26- كلُّ موجود يصح جعله فاعلاً أو مفعولاً به
27- اجتمع في الاشتغال الأحكام الخمسة، ومثله المفعول معه
28- الأصل في الفاعل أن يتصل بفعله، ويتقدم على مفعوله
29- اللازم من الأفعال ماتعدّى بواسطة
30- الأقرب هو الأولى عند التنازع
31- المفاعيل خمسةٌ منصوبة
32- الظرف مضمّن معنى ” في “
33- المفعول من أجله يصح أن يقع جواب ” لماذا؟ “
34- الحال جواب ” كيف؟ ” غالباً
35- التمييز جواب ” ماذا ” غالباً
36- الأصل في الاستثناء النصب
37- مابعد ” غير ” و ” سوى ” مجرور غالباً
38- يتوسع في معاني حروف الجر، ولاينوب بعضها عن بعض
39- الباء أوسع حروف الجر معنى
40- لابد للظروف والحروف من التعلّق
41- المضاف إليه مجرور أبداً
42- لا يجتمع التنوين والإضافة
43- بعض الأسماء مضاف أبداً
44- المصدر يعمل عمل فعله، وكذلك اسم الفاعل
45- المقرَّر لاسم الفاعل يعطى لاسم المفعول
46- المصادر مقيسةٌ أو منقولة
47- تصاغ الصفة المشبهة من لازم لحاضر
48- التعجبُ: ما أجملَه، وأجمل به
49- ” نِعم ” و” بئس ” فعلان جامدان
50- يصاغ التفضيل مما صِيغ منه التعجب
51- تابعُ التابعِ تابعٌ
52- التابع يتبع ما قبله في الإعراب
53- الجمل بعد النكرات صفات
54- الجمل بعد المعارف أحوال
55- التوكيد لفظي ومعنوي
56- الصالح لعطف البيان صالح للبدلية إلا في مسألتين
57- عطف الفعل على الفعل يصح
58- الأصل المحلّى بـ ” أل ” بعد الإشارة بدل
59- الأصل في النداء بـ ” يا “
60- ما استحقه النداء استحقه المندوب
61- الترخيم حذف آخر المنادى
62- التحذير والإغراء متفقان في العمل، مختلفان في المعنى
63- اسم الفعل ك ” صَه ” واسم الصوت ك ” قَب “
64- للفعل توكيدٌ بالنون
65- الماضي لايؤكد بالنون
66- الصرف هو التنوين
67- المضارع معربٌ مالم تباشره نون التوكيد، أوتتصل به نون الإناث
68- ” لَم ” وأخواتها تجزم فعلاً، و” إِن ” وأخواتها تجزم فعلين
69- ” إِن ” تجزم ولاتجزم، و ” إذا ” لاتجزم وتجزم
70- الواحد ليس بعدد
71- العدد يخالف معدوده من ثلاثة إلى عشرة
72- تمييز المائة والألف مجرور
73- الاسم لا يزيد على خمسة أصول، والفعل أربعة
74- جموع القلة ” أَفعِلَة ” و ” أفعُل “و ” أفعال “و” فِعلة “
75- حروف العلة “واي”
76- حروف الزيادة ” سألتمونيها “
77- لاتبتدىء بساكن، وقف به
78- أحرف الإبدال ” هدأت موطيا “
79- التصغير ” فُعَيل ” و ” فُعَيعِل ” و” فُعيعيِل “
80- ما قبل ياء النسب مكسور
81- الإمالة في الألف والفتحة
82- الحرف بريء من التصريف
83- ليس في اللغة ماهو على وزن ” فِعُل “
84- مالزم الكلمة هو الأصلي من الحروف
85- همزة الوصل لاتثبت في الوصل
86- اللبس بلاقصد محذور
87- التخفيف مقصد من مقاصد اللغة
88- الهمز ثقيلٌ يعالج بالملاينة
89- كل ماجاز قراءةً جاز لغةً
90- الأيسر في الاستعمال هو الأشهر
91- لاتنقض القواعد بمفاريد الشواهد
92- عليك بالأشباه والنظائر
93- المشقة تجلب التيسير
94- العبرة بالغالب لابالنادر
95- إعمال الكلام أولى من إهماله
96- الإعراب فرع عن المعنى
97- عدم التقدير أولى من التقدير
98- الضرورة في الشعر تقدر بقدرها
99- الأصل بقاء ما كان على ما كان
100- العبرة في الإعراب بالخواتيم

Copy from
http://taylasan.blogspot.com/2011/04/blog-post_1249.html






Saturday, October 19, 2013

Majmu' fatawa Ibnu Taimiah PDF

Salam sejahtera

Kepada pengunjung yang dihormati, Ibnu Taimiah adalah ulama yang terbilang pernah wujud di dunia ini.  Tidak hairanlah, karya hasil tulisan beliau menjadi rujukan zaman berzaman.

Di bawah ini saya sediakan link untuk download kitab ini. Kitab ini terdapat 37 jilid. Semoga usaha saya yang tidak seberapa ini untuk membantu rakan-rakan mendapat ganjaran pahala di akhirat nanti.

http://www.fileswap.com/dl/imcQG6bIO/

Tuesday, August 27, 2013

KAEDAH MENGIRA ZAKAT PENDAPATAN (GAJI)









Sejarah

Zakat pendapatan atau gaji telah dilaksanakan sebagai suatu yang penting pada zaman Muawiyah dan Umar bin Abd Aziz. Ia telah dikenali dengan nama Al-Ata dan di zaman moden ini dikenali sebagai Kasbul Amal. Tetapi akibat penjajahan dan pengaruh kuasa Barat, sistem percukaian moden telah mengenepikan sistem zakat termasuk zakat ke atas gaji. Negeri Kelantan telah mewartakan fatwa bahawa zakat pendapatan atau zakat gaji adalah diwajibkan zakat pada 16 Mac 1999.


Syarat-syarat wajib mengeluarkan zakat :-

  1. Islam
  2. Merdeka (bukan hamba)
  3. Sempurna Milik
  4. Hasil Usaha yang baik sebagai sumber zakat (pendapatan dan elaun tetap yang tidak berubah)
  5. Cukup nisab (85 gram emas)
  6. Cukup Haul (setahun)



Kaedah Mengira

Kaedah A

Nilai zakat yang wajib dikeluarkan adalah 2.5% daripada harta.

Contohnya:

Jumlah pendapatan kasar dari semua sumber dalam setahun ialah sebanyak RM33800 

2.5% daripada RM 33800 ialah RM 845, jadi nilai zakat yang wajib dikeluarkan ialah RM 845


Kaedah B

A : PENDAPATAN DARI SEMUA SUMBER (SETAHUN) RM

Gaji                                                                                  30000
Elaun Tetap 10000
Jumlah Pendapatan                                                       40000

B : Tolak : PERBELANJAAN YANG DIBENARKAN (SETAHUN) RM

1. Perbelanjaan asasi
    • Diri                                                          9000
    • Isteri (jika tidak bekerja)                          3000
    • Anak (1000 x 4 orang)                           4000


  1. Pemberian wajib
    • ibu bapa (jika miskin)                            2400
  1. Caruman KWSP                                               2400
  2. Caruman Tabung Haji                                            600
  3. Caruman kepada institusi / koperasi
  4. yang telah membayar Zakat bagi pihak 
    ahli                                                                          1000
  5. Rawatan perubatan                                            400
    JUMLAH SEMUA                                                    22800


C : PENDAPATAN BERSIH YANG LAYAK DIZAKAT (A-B)
                                   
RM40000-RM22800 = RM17200

Nilai ini sudah melebihi paras nisab
(contoh bagi nisab bagi tahun 1433H = RM 13900)

D : ZAKAT YANG WAJIB DIBAYAR IALAH

2.5% daripada RM 17200 ialah RM 430, jadi nilai wajib zakat ialah RM 430


NOTA PERINGATAN:

  • JUMLAH PENDAPATAN POKOK DARI SEMUA SUMBER YANG DICAMPURKAN DI DALAM SETAHUN
  • PERBELANJAAN YANG DIBENARKAN UNTUK TOLAKAN:
  1. DIRI 9000
  2. ISTERI (3000 X BILANGAN ISTERI) JIKA TIDAK BEKERJA
  3. ANAK (1000 X BILANGAN ANAK) JIKA BELUM MASUK IPTA
  4. ANAK (4000 X BILANGAN ANAK) JIKA SEDANG MENUNTUT DI IPTA LUAR ATAU DALAM NEGARA.
  5. IBU BAPA, KWSP, TABUNG HAJI, RAWATAN PERUBATAN DAN CERUMAN KEPADA INSTITUSI BAYAR ZAKAT (JUMLAH SEBENAR)
  6. JUMLAH PEMOTONGAN PERBELANJAAN UNTUK DIRI, ISTERI DAN ANAK-ANAK DIATAS ADALAH CONTOH TOLAKAN YANG DIBENARKAN IAITU PERBELANJAAN DHARURIAT (KADAR KEPERLUAAN HIDUP SEDARHANA)




*sumber dari Majlis Agama Islam Kelantan