Friday, December 28, 2012

Siri Ziarah 2 : Seharian di kampung Samma'

Seharian di kampung Samma'28 Disember 2012JumaatHari ini seperti siri yang lepas, kami meneruskan perjalanan rehlah ilmu bersama dengan calon phd dari universiti yarmouk bersama dua anak kecilnya.Perjalanan kami bermula seawal 10.30 pagi lagi, kami berkumpul dihadapan masjid yarmouk.Bas mini yang ditempah datang agak lewat sedikit, namun ia tidak merencatkan perjalan kami.Di dalam bas, kami sempat berkenalan dengan syabab arab yang bernama "lais". Sangat peramah orangnya. Oleh sebab waktu azan jumaat bakal berkumandang, perjalanan kami terus menghala...

Siri Ziarah 1 : Catatan Seharian Di Kampung Syajarah Jordan

30 September 2012 Seawal 7.30a.m lagi kami bertolak dari tempat tinggal kami di daerah Irbid, Dengan tujuan untuk mengasah lagi pertuturan bahasa arab kami. Hal yang demikian disebabkan, ramai antara kami, yang berada di tanah arab selama 4 tahun pun, ada yang masih lagi tidak lancar berbicara dalam bahasa arab. Atas inisiatif ini, seorang pelajar phd dari malaysia, telah merancang untuk kami satu program berkaitan dalam hal ini.Perjalanan kami dari bandar besar Irbid ke Syajarah mengambil masa lebih kurang 30 minit sahaja, dalam perjalanan...