Sunday, March 16, 2014

RISALAH UNTUK GENERASI JARUSALEM (part 1)


Pendahuluan

Dalam mutakhir ini, kita mendengar beberapa kisah yang sadis daripada negara-negara timur tengah. Bermula dengan demostrasi aman hinggalah berlakunya pembunuhan kejam oleh pihak yang tidak berperikemunusiaan. Motifnya adalah satu, tidak ingin melihat islam bangkit dan menentang kezaliman. Bermulanya dengan revolusi di Tunisia sehinggalah pembunuhan kejam oleh pihak kudeta tentera di Mesir. Rakyat bangkit atas dasar penindasan melampau oleh pemimpin kuku besi arab, bangkit meruntuhkan sistem “pembodohan” dan pembolotan harta negara yang melampau.
Sikap pemimpin yang kuku besi ditambah pula dengan semangat a’ilah (keluarga/kabilah) golongan arab, menyebabkan yahudi mentertawakan mereka tanpa perlu melancarkan serangan ketenteraan atau sebagainya. Di jalan-jalan, ramainya pengemis-pengemis yang memerlukan bantuan, dipandang sinis tanpa belas kasihan. Sistem kapitalis arab, menyebabkan berlakunya krisis kemiskinan yang amat. Rakyat yang miskin dan kaya, terdapat jurang yang sangat besar antara mereka. Yang kaya sehingga berbilion dolar, tidak mampu untuk bertanya khabar jiran sebelah yang miskin melarat. Semangat kekeluargaan yang menebal, sanggup berbunuhan keluarga yang lainnya, walaupun ahli keluarga yang dilindungi itu bersalah. Pergaduhan di jalan-jalan, bukannya ada isu-isu yang besar, tetapi hanya isu remeh-temah pun dijadikan perang hendaknya. Nilai semangat persaudaraan sesama islam, diketepikan demi keluarga mereka. Tidak cukup dengan itu, isu gangguan seksual terhadap pelajar-pelajar Malaysia, cukup membimbangkan. Kesnya semakin menjadi-jadi sejak akhir-akhir ini.
Kerajaan Malaysia khususnya, harus mengkaji balik untuk membuat penghantaran pelajar perempuan ke negara timur tengah ini. Belum pun lagi reda dengan isu palestin dan syria, isu kudeta tentera mesir pula menghangatkan telinga-telinga kita.

Di negara kita Malaysia, tidak kurang hebatnya, krisis keruntuhan akhlak remaja yang semakin meruncing, membuatkan kita menggeleng kepala seketika. Walaupun di Malaysia masyarakatnya tidak mempunyai semangat kekabilahan seperti arab, ianya belum cukup untuk menarik lafaz lega. Hal ini demikian kerana, masyarakat Malaysia mempunyai “kesakitan” di bahagian lainnya. Mana tidaknya, di dada akhbar-akhbar tempatan hari ininya, banyak berlegar isu-isu yang kritikal yang dulunya jarang-jarang kita dengari. Pembunuhan bersejata,penghinaan terhadap agama islam, samun, rompak dan bunuh, rogol dan bakar, isu aqidah syiah dan sebagainya. Hal seperti ini membuatkan kita sudah tidak lagi senang duduk di negara yang kita cintai ini. Bukannya niat untuk mempertikaikan pasukan keselamatan negara, tetapi sedikit sebanyak kerisauan timbul di dalam rakyat biasa seperti kita ini. Ini tidak lagi termasuk dengan kes-kes yang berlaku secara turun-temurun seperti rasuah, murtad dan sebagainya. Soalnya, siapakah yang akan membebaskan masjidil aqso, sekiranya isu-isu kecil sebegini masih lagi kita tidak selesaikan.

Selain itu, kita seedar atau tidak, kuasa besar dunia yang di dalangi oleh blog barat dan  blog komunisme, sedang melangkah ke arah episod hitam dunia, dalam erti kata lain, perang dunia ketiga. Puncanya pelbagai. Tetapi itu  bukan soalnya, kita umat islam perlu bangkit, bukan untuk memberikan sokongan kepada kedua-dua pihak ini, tetapi kita perlu bangkit sebagai umat yang digeruni, sebagaimana zaman kegemilangan islam dahulu. Bukan sahaja Rom dan Parsi, yang mana sahaja yang melawan Islam, kita jatuhkan dan hancurkan. Masanya kian tiba, kita perlu bermula daripada sekarang, kalau kita masih lagi berkokok di bawah tempurung, keluarlah. Mereka sedang merencana perkara besar untuk hancurkan kita, jika kita masih lagi lena, sedarlah. Kita mulakan persiapan daripada sekarang. Sungguh kita tidak punyai kekuatan seperti mereka, tetapi kita harus sedar, sejarah peperangan islam, kita senentiasa kukurangan, baik dari segi jumlah ketenteraan, mahupun peralatan perang yang canggih. Kita bukan datang untuk menakutkan mereka, tetapi kita datang untuk membela mereka yang lemah dan memerlukan bantuan. Kita akan memberi keadilan dalam erti sebenar. Kita tidak akan membenarkan, walaupun seorang yang dianayai, baik muslim dan bukan muslim.

Kita perlu bermula dari rumah, dari keluarga sendiri, untuk mencapai misi besar ini. Kurangkan pergeseran sesama kita, kita perlu kenal siapa musuh sebenar kita, dan bukannya sesama muslim. Pergeseran yang serius sesama sendiri, akan merencatkan misi yang besar ini. Misi kita bukan setakat sepuluh ke dua puluh tahun, tetapi mungkin memakan masa berpuluh-puluh tahun, tetapi, kita perlu bersiap didalam kondisi yang ada, demi melancarkan misi besar ini nanti. Golongan yang sedar, ambillah pendekatan masing-masing, dengan cara sendiri. Misinya satu sahaja, membawa manusia kepada tuhan secara sukerela atau hormat dan tidak melawan islam.

Berbalik kepada tajuk asal penulisan ini, “Risalah Untuk Generasi Jarusalem”. Risalah ini sebenarnya berkisarkan tentang persediaan yang perlu dilakukan oleh generasi yang akan membebaskan al-aqso nanti. Ianya adalah salah satu daripada jalan-jalan yang akan membawa generasi yang dijanjikan itu, untuk membuka al-aqso nanti. Secara teorinya, saya berpendapat, generasi yang kita ada pada hari ini, tidak mampu untuk membuka al-aqso yang dijanjikan itu. Hal ini dipandang dari sudut masyarakat “sakit” yang kita pada hari ini. Oleh itu, saya mengharapkan, penulisan yang kecil dan ringkas ini, akan menjadi pembuka jalan kepada generasi yang akan membuka Jarusalem nanti selepas saidina Umar al-khattab dan salahudin al-ayubi.


Penulisan yang kecil ini, saya sangkutkan dengan peristiwa pembukaan kota konstantin pada tahun 1453 masihi dahulu. Bermulanya dengan sabda nabi Muhamad saw yang agung tentang peristiwa akan dibukanya kota konstantin pada suatu hari nanti, maka dari disitulah bermula episod para sahabat dan tabiin bercita-cita untuk membuka kota konstantin. Perlu diingat, semasa sabda baginda tentang peristiwa pembukaan kota konstantin itu, kota Mekah sendiri pun masih lagi belum dibuka, apatah lagi kota konstantin. Dalam peristiwa ini, adakah baginda bercakap hanya sedap mulut sahaja? jarak antara madinah dengan kota konstantin adalah beribu kilometer! adakah baginda hanya bermimpi di siang hari?. Sebenarnya, setiap dari sabda nabi saw, tidak lain dan bukan hanyalah wahyu dari Allah swt. Baginda tidak bercakap sembarangan. Dari sudut yang lainnya, baginda mahu mengajar umatnya di dalam peristiwa ini supaya mempunyai cita-cita yang besar. Mana tidaknya, sekiranya seseorang itu tidak mempunyai iman yang tebal, akan terhakis keimanannya, kerana peristiwa pembukaan kota konstantin tidak berlaku di zaman kehidupan baginda, tetapi berlaku selepas lebih dari 800 tahun baginda wafat. 12 Jeneral tentera mencubanya pada setiap zaman, tetapi gagal. Namun percubaan yang ke-13 oleh Muhamad Al-Fateh membuahkan hasil. Namun begitu, adakah kejayaan Muhamad Al-Fateh adalah kejayaan beliau seorang? sudah tentu tidak, kerana para panglima yang sebelum beliau adalah pembuka jalan dan pendorong kejayaan beliau yang sebenarnya. 12 kali percubaan yang dilakukan sebelum beliau, dikaji dengan teliti dan dijadikan pengajaran yang sebaiknya. Ini menunjukkan, para tentera yang berjuang untuk membebaskan kota konstantin pada zaman sebelum beliau, adalah faktor dan pembuka jalan beliau yang sebenarnya. Jika kita ingat, peristiwa pemakaman abu ayub al-ansori di tepi benteng konstantin, beliau semasa hayatnya pernah berkata, “makamkan aku ditepi benteng kota konstantin, kerana aku ingin mendengar derapan kaki kuda pahlawan yang akan membuka kota konstantin ini nanti”. Pengajarannya adalah, setiap orang yang berjuang membuka kota konstantin sejak dari percubaan pertama hinggalah kejayaan menaklukinya, adalah berjasa dan perlu diingati. Kaitanya pula dengan buku ini adalah, saya berharap, buku ini akan menjadi salah satu pembuka jalan kepada generasi-generasi yang akan membuka Jarusalem nanti.