Wednesday, March 13, 2013

Saturday, March 9, 2013

Harta Riba



Sedikit perkongsian tentang hadis riba :

 ففي صحيح مسلم عن عبادة بن الصامت - رضي الله عنه - أن النبي - صلى الله عليه وسلم - قال

الذهب بالذهب، والفضة بالفضة، والبُرّ بالبُرّ، والشعير بالشعير، والتمر بالتمر، والملح بالملح مِثْلاً بمثل، سواءً بسواء، يدًا بيد، فإذا اختلفت هذه الأصناف فبيعوا كيف شئت إذا كان يدًا بيد

Berdasarkan hadis ini, ulama telah khilaf pendapat, adakah hanya enam perkara ini sahaja yang dikira barangan riba, atau ada qias kepada barang yang lain. Dalam hal ini, ulama 4 mazhab telah sepakat bahawasanya, ada barangan yang lain lagi dikira riba, dengan menggunakan kaedah qias, cumanya mereka berselisih pandangan tentang setiap i'lah yang telah disebutkan dalam hadis.

Hadis ini dibahagikan kepada dua bahagian:

Bahagian yang pertama:-
berdasarkan setiap i'lah
الذهب والفضة
Emas dan Perak

-mazhab hanafi = wazan (timbangan)
-mazhab maliki = thamaniah (nilai/harga)
-mazhab syafie = thamaniah (nilai/harga)
-mazhab hambali = wazan/asman (timbangan/nilai)

Bahagian yang kedua:-
البر، الشعير، التمر،الملح

-mazhab hanafi = wazan (timbangan)
-mazhab maliki = quwatan muddkhar muaqot (makanan asasi yg tahan lama)
-mazhab syafie = mat'um (makanan)
-mazhab hambali = wazan (timbangan)

syarat jual beli untuk barangan diatas dan selainnya adalah mengikut i'lah mazhab masing2, cuma jika jual beli yang sama jenis diatas, mestilah mengikut syarat2 yang berikut:-

1) kadar (misli bi misli) = kadar barangan tersebut mestilah sama
2) terima dalam majlis akad (yad bi yad) = barangan tukaran tersebut mestilah diterima dalam majlis akad tersebut, secara langsung, jika barangan tukaran diserahkan secara tertangguh, maka akan berlaku riba.

Jika barangan tukaran itu berlainan jenis, contoh emas ditukar dengan perak, maka hanya ada satu syarat, iaitu :
-terima dalam majlis akad (yad bi yad) = barangan tukaran tersebut mestilah diterima dalam majlis akad tersebut, secara langsung, jika barangan tukaran diserahkan secara tertangguh, maka akan berlaku riba.

maka dalam hal ini, jika seseorang mengikut mazhab syafie, jika dia ingin menukar:

2 kg beras dengan 2.5 gandum, lebihan itu dikira riba, sebabnya, disisi imam syafie, i'lahnya adalah (mat'um)makanan, maka tidak boleh lebih, mestilah dalam kadar yang sama, jika tidak, ia akan dikira riba...

contoh lain:
2kg gandum ditukar dengan 2.5kg tomato, disisi mazhab syafie, lebihan ini dikira riba, kerana i'lahnya adalah makanan, manakala disisi imam malik, ianya tidak dikira riba kerana, i'lahnya adalah makanan asasi yang tahan lama, tomato bukannya makanan asasi, disisi iman hanafi dan hambali juga tidak dikira riba kerana i'lah disisi mereka adalah timbangan.

Sekian,
saya budak baru belajar, jika salah sila tegur...