Sejak dari dulu, masyarakat di negara kita, bila sahaja sebut perkataan ulama, pastinya akan terbayang seorang lelaki yang memakai serban dan berjubah lusuh yang mana kebiasaannya kita akan lihat mereka-mereka ini di masjid-masjid atau surau-surau. Tengok saja kepada mereka, terus sahaja kita akan anggap orang-orang seperti ini kolot dan kuno, tidak tahu apa-apa perihal dunia, hanya tahu perihal akhirat sahaja.
Minda seperti ini bolehlah kita kelaskan minda era tahun 2000 kebelakang. Minda yang ditanam sebegitu oleh pemikiran sekularisme yang bertahun-tahun lamanya. Mengasingkan urusan agama dengan urusan perihal kehidupan dunia dengan jauh-sejauhnya.
Semalam, sempat bersembang dengan imam besar kelantan, katanya, beliau diberikan peluang untuk menjadi hakim musabaqah hafazan di Moscow Rusia. Bila ditanya para peserta asala latar belakang mereka, mereka ini seorang hafiz al-quran dan juga seorang engineer. Bila ditanya pada calon lain juga, begitu juga. Ada yang bekerja sebagai doktor perubatan dan sebagainya. Pada masa yang sama juga, mereka juga adalah salah seorang al-hafiz.
Atas kesedaran ini, dengan slogan tidak ada beza antara profesional dan ulama, mengulamakan profesinal, dan memprofesinalkan ulama, pada tahun 2004, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat (TGNA) yang pada masa itunya sebagai menteri besar kelantan telah menubuhkan sekolah yang menepati dengan slogan "mengulamakan profesinal, dan memprofesinalkan ulama", dengan diberikan nama Maahad Tahfiz Sains atau nama ringkasnya MTS. Langkah penubuhan sekolah ini, adalah bertujuan untuk mengembalikan kejayaan ulama silam yang datang dari pelbagai bidang. Dengan misi untuk membuang pemikiran kuno yang sebelum tahun 2000. Dengan misi "satu rumah satu hafiz", dan juga melahirkan seorang huffaz yang profesional yang datang dari pelbagai bidang, seperti Kedoktoran, Jurutera, Pegua, dan sebagainya.
Indeks jenayah yang semakin merisaukan, dengan rasuah berleluasa, dengan harapan, apabila lahirnya generasi quranik ini, akan dapat mengekang gejala buruk ini. Besar misinya dan harapanya. Kalau tidak silap saya, pada tahun 2015 nanti, adalah "first product", yang dihasilkan dari program ini. In sya Allah, kita akan dapat menyaksikan, seorang doktor yang bukan hanya merawat luaran, tetapi mampu merawat dalaman juga. Di Jordan, ada rakan-rakan saya yang berada dalam bidang kedoktoran yang datang dari MTS ini.
Selepas daripada itu, program ini dilebarkan dan dikembangkan di negeri Terengganu. Apabila barisan nasional mula memerintah Terengganu kembali pada 2004, Datuk Seri Idris Jusoh juga memperkenalkan konsep Sekolah Tahfiz Sains ini juga. Kalau tidak silap saya, konsep sekolah tahfiz sains ini diperkenalkan di sekolah IMTIAZ di negeri Terengganu. Datuk Seri Idris Jusoh memperkenalkan program sebegini dengan nama ULUL ALBAB. Dengan tujuan yang sama, untuk mengembalikan generasi quranik yang bukan hanya berada di masjid-masjid, tetapi berada di tempat-tempat yang tidak pernah terfikir orang sebelum ini.
Zaman semakin melaju, Selaras dengan hasrat transformasi negara yang diuar-uarkan oleh Perdana Menteri Dato' seri Najib bin Tun Abdul Razak.,program sekolah seperti ini, terus dikembangkan di peringkat pusat. Yang mana pada tahun 2015 nanti, kerajaan pusat melalui kementerian pendidikan Malaysia, akan memperkenalkan program ulul albab yang berasaskan pendekatan Quranik, Ensiklopedik dan Ijtihadik. Ia dilaksanakan di 4 buah SBP dan 11 SMKA yang terpilih seluruh negara.
In sya Allah, pada tahun 2015 nanti, kita akan menerima hasil daripada generasi pertama program ini. Semoga negara kita menjadi peneraju mengembalikan zaman kegemilangan ulama silam.
# Di sini lahirnya sebuah cinta
0 comments:
Post a Comment