Monday, December 16, 2013

Fiqh aqoliyat(fiqh minoriti) dr yusof qaradawi.



Dr yusof al-qaradowi, menulis satu buku ditujukan khas kepada umat islam diseluruh dunia yang mana majoriti penduduk muslimnya adalah minoriti.

Antara soalan yang sering ditanya oleh mereka:-

Di antara soalan-soalan yang sering kali  diajukan kepada orang alim yang menziarahi negara- Ataynegara eropah ialah:

Apakah hukum daging-daging yang dijual di pasar-pasar dan dihidangkan di restoranrestoran. Sedangkan dia adalah dari sembelihan masyarakat berkenaan yang kita tidak tahu telah mencukupi syarat atau tidak?

Adakah wajib sembelihan-sembelihan ini memenuhi semua syarat sembelihan seorang Muslim atau diberi sedikit rukhsah pada sembelihan Ahli Kitab yang Allah taala telah haruskan makanan-makanan mereka untuk kita?

Adakah wajib bagi kita untuk menyelidik, bertanya atau menyiasat mengenai sembelihan itu? Atay apa yang tidak kita ketahui, tidak perlu kita bertanya mengenainya. Kita sebutkan nama Allah taala ke atasnya dan kita makan?

Apakah hukum makanan seperti jelly dan bukan makanan seperti sabun atau ubat gigi tertentu yang mungkin dibuat dari minyak babi asli tetapi telah berubah melalui proses kimia, seperti yang diungkapkan oleh para fuqaha ‘telah hilang sifat najisnya’. Adakah dikira bahan itu mengikut asalnya dari babi atau mengikut keadaannya yang telah berubah sekarang ini?

Apakah hukum keju yang mengandungi bahan rennet yang diambil dari perut binatang, yang mungkin datang dari babi atau binatang lain? Apakah hukumnya, jika terdapat sangkaan yang kuat bahawa ia diambil dari babi?

Jika kita simpulkan bahawa ia diambil dari babi, adakah ia najis atau tidak? Jika ia adalah najis, adakah kadarnya dalam pembuatan keju boleh digolongkan sebagai kadar yang tidak dapat dimaafkan atau termasuk pada kadar yang dimaafkan kerana jumlahnya yang sedikit.

Apa pula hukum bekerja di restoran-restoran yang menghidangkan daging bagi dan arak? Apa pula hukum makan di dalamnya? Walau pun jika tidak minum arak atau memakan babi?

Apa pula hukum pekerjaan seorang Muslim di tempat-tempat seperti kedai runcit dan supermarket yang menjual barang-barang yang kebanyakannya adalah halal tetapi terdapat di antaranya juga arak dan daging babi.

Adakah boleh bagi orang-orang Islam untuk membuka kedai-kedai seperti ini jika undangundang mewajibkan mereka untuk menjual barang-barang yang diharamkan, walaupun jumlahnya sedikit? Atau seorang Muslim diharamkan sama sekali dari perniagaan seperti ini?

Apa hukumnya jika seorang Muslim dijemput ke majlis perkahwinan yang ada hidangan arak dan babi, walaupun makanan itu tidak dihidangkan kepadanya secara peribadi? Adakah dia memberi alasan untuk tidak menjawab jemputan dan hidup bersendirian dan terputus dari masyarakat sekelilingnya, sehingga ia menggambarkan imej yang negatif mengenai Islam? Atau pun dia menerimanya atas dasar berbudi bahasa dan berbaik-baik dalam kehidupan bersama.

Apa hukum memberi salam / ucapan ke atas orang-orang bukan Islam? Apa hukum berbudi bahasa dalam menghadiri majlis perkahwinannya dan meraikan kegembiraannya yang diakui syara’? Apa hukum mengucapkan tahniah terhadap hari-hari perayaannya? Khususnya, jika dia mengucapkan tahniah kepada orang-orang Islam di hari perayaan mereka. Terutama pula hari-hari perayaan yang berkaitan dengan agama seperti Hari Krismas.

Apa pula hukum perkahwinan yang dijalankan di negara-negara berkenaan melalui saluran rasmi? Adakah perkahwinan yang tidak dijalankan oleh seorang Muslim, sesuai dengan syara’ ? Atau mestikah ia diakadkan di masjid atau pusat Islam oleh salah seorang tokoh agama? Adakah yang seperti ini tidak memerlukan perakuan dari saluran rasmi?

Apa pula hukum perceraian jika disempurnakan melalui saluran rasmi tetapi ditolak oleh suami kerana ia adalah perceraian dari hakim yang bukan Islam

Apa pula hukum seorang Muslim yang berkahwin dengan isteri kedua, secara adat, tetapi undang-undang tidak membenarkan sedemikian?

Siapa pula yang menjamin hak-hak si isteri jika dia berselisih dengan suaminya? Bolehkah seorang imam di pusat Islam menyalahi undang-undang dan mengakadkan perkahwinan seperti ini?

Bolehkah bagi seorang perempuan mengahwinkan dirinya sendiri tanpa wali jika keadaan yang susah menyebabkan dia terpaksa tinggal bersendirian di negara berkenaan? Atau mestikah ketua golongan pendatang atau imam pusat Islam yang menjadi wali baginya?

Apakah pula hukum berkahwin dengan wanita Barat? Adakah orang Barat hari ini dianggap sebagai Ahli Kitab atau golongan yang tidak beragama? Adakah terdapat syarat-syarat bagi perkahwinan seperti ini?

Apa pula hukum seorang wanita yang masuk Islam tetapi suaminya tidak menganut Islam bersamanya? Mestikah dipisahkan antara keduanya atau adakah huraian yang lain?

Apa pula hukum seorang Muslim yang bapanya atau ibunya yang bukan beragama Islam mati meninggalkan harta warisan. Mengikut undang-undang, dia mempunyai hak samada secara keseluruhan atau sebahagian terhadapnya. Adakah dia meninggalkan harta ini sedangkan dia amat memerlukannya untuk dirinya, keluarganya, saudara-saudaranya atau untuk dakwah Islamiah, kerana seorang Muslim tidak boleh mewarisi orang bukan Islam sebagaimana seorang bukan Islam tidak boleh mewarisi seorang Islam? Atau di sana terdapat rukhsah bagi si Muslim ini untuk mewarisi harta dari bapa atau ibunya?

 Apa pula hukum berurusan dengan bank-bank riba’ dan syarikat-syarikat insuran di negaranegara ini sedangkan tiada yang lain darinya?

 Adakah boleh kita menyimpan wang di dalamnya dalam keadaan terpaksa? Adakah boleh kita menyimpan wang kita dengan faedah bunga? Lalu kita ambil faedah bunganya untuk diberikan kepada fakir miskin atau badan-badan Islam tidak mendapat bantuan kewangan yang diperlukannya?

 Apa pula hukum membeli rumah-rumah melalui pinjaman bank yang mengandungi riba’, bila seorang Muslim memerlukan rumah sendiri yang selesa keselesaan bagi keluarga dan tetamunya supaya dia tidak lagi dikuasai oleh pemilik rumah? Terutama sekali jika bayaran faedah bank dari faedah sama atau hampir sama dengan apa yang dia bayar dari sewa bulanan?

Apa pula hukum menyertai aktiviti-aktiviti politik di negara berkenaan melalui proses pilihanraya atau pencalonan, jika dibenarkan oleh undang-undang, dengan menyokong parti-parti tertentu, atau menyertai dan menganggotainya atau menyokong sebahagian calon-calon yang lebih banyak manfaatnya bagi orang-orang Islam?

Bolehkah orang Islam mewujudkan parti yang memperjuangkan tuntutan-tuntutan mereka?

Apa pula hukum beramal secara jama`i di antara orang Islam untuk mendirikan masjid, sekolah-sekolah, kelab-kelab, institusi-institusi kemasyarakatan, kebudayaan dan ekonomi

download disini:-

Fiqh Minoriti