Tuesday, September 9, 2014

INTELEKTUAL DAN PROFESIONAL DI SEBALIK LINGKARAN SERBAN

Sejak dari dulu, masyarakat di negara kita, bila sahaja sebut perkataan ulama, pastinya akan terbayang seorang lelaki yang memakai serban dan berjubah lusuh yang mana kebiasaannya kita akan lihat mereka-mereka ini di masjid-masjid atau surau-surau. Tengok saja kepada mereka, terus sahaja kita akan anggap orang-orang seperti ini kolot dan kuno, tidak tahu apa-apa perihal dunia, hanya tahu perihal akhirat sahaja.Minda seperti ini bolehlah kita kelaskan minda era tahun 2000 kebelakang. Minda yang ditanam sebegitu oleh pemikiran sekularisme yang bertahun-tahun...