Assalamualaikum w.b.t
Kali ini penulis akan menceritakan satu kisah yang mungkin akan memberikan pelajaran dan pengajaran kepada kita semua.
Kisah ini dinakalkan kepada saya pada akhir tahun lepas. Ianya bermula apabila ada sebuah keluarga yang tinggal di Saudi. Keluarga tersebut sangat kaya. Pada suatu ketika, si ayah berpesan kepada si anak "sekiranya ayah meninggal dunia, hendaklah ada diantara kamu menemani jenazah ayah di dalam kubur (kubur di negara arab kebiasaanya dibuat lubang yang khas, tanpa ditimbus,akan tetapi dibuat penutup, sekiranya ada yang meninggal, maka dialihkan ketepi jenazah yang lama, dan begitulah seterusnya) pada satu malam"
Tidak lama kemudian, maka meninggallah si ayah. Urusan jenazah diuruskan dengan sebaiknya. Saat pengebumian akan dilangsungkan tidak lama lagi. Maka si anak berkira-kiralah untuk melaksanakan pesanan si ayah semasa hayat hidupnya tadi. Apabila ditanya, tidak ada seorang pun daripada si anak yang sanggup untuk menemani jenazah si ayah seperti yang dipesan tadi. Maka seluruh ahli keluarga bergerak mencari individu yang sanggup menggantikan mereka bagi memenuhi tuntutan si ayah tadi.
Setelah lama mencari, maka bertemulah mereka dengan seorang yang sanggup memenuhi tuntutan itu. Lelaki itu ditawarkan dengan harga yang tinggi. "Sekiranya kamu sanggup menemani ayahku didalam kubur semalaman, kami akan berikan ganjaran kepada anda SA1 000 000", bagi mereka, tawaran sebegitu tidaklah menjejaskan harta mereka sedikit pun, namun bagi si lelaki tadi, harta itu sangat bernilai.
Setelah selamat dikebumikan, maka bermulalah tugas si lelaki tadi. Setelah semua hadirin yang hadir menyaksikan pengebumian pulang, kedengaran deseran tapak kaki yang memijak debu pasir dengan garangnya. "maaaa robbuka?" soalan itu ditanya kepada lelaki tadi. Lantas lelaki tadi menjawab, "Allah" . Kemudian lelaki tadi diajukan dengan pelbagai soalan yang lainnya. "Apa pekerjaan kamu?", lelaki tadi menjawab menghantar barang yang dipesan. "Barang apa yang kamu hantar?", saya hantar barang yang ditempah kepada si fulan bin fulan. Si lelaki tadi lantas mengeluarkan tali yang terselit dalam poketnya. Nah...ini lah antara alat yang akan saya gunakan semasa bekerja". Terus soalan ditanya kepada si lelaki tadi, soalan yang ditanya berkisar tentang tali itu. Soalan terus ditanyakan kepada lelaki tersebut, satu persatu soalan yang ditanya dijawab oleh lelaki tersebut. Pada akhirnya, dek sebabkan lelaki tersebut diajukan dengan persoalan yang sangat banyak, akhirnya lelaki tersebut terlekat untuk menjawab pertanyaan yang diajukan. Nampak satu ayunan "tongkat" yang bakal membedal tubuhnya, arghhhh.....dengan pantas lelaki tadi keluar dari kubur.
Dalam keadaan kelam kabut melarikan diri, si lelaki tadi terserempak dengan salah seorang anak si mati yang memikul beg berisi wang untuk diberikan kepada lelaki tersebut. Kejadian itu berlaku sekitar subuh. "oiiii, tunggu dulu, aku datang untuk menunaikan janji, nah ini wang dijanjikan". Si lelaki tadi menjawab, "aku tak nak duit tersebut, dah cukup dengan apa yang ada sekarang"
p/s : bayangkan, soalan yang ditanya berkenaan dengan tali pun boleh berlarutan sepanjang malam. Apatah lagi nikmat yang lain?

0 comments:
Post a Comment