Sejarah
Zakat pendapatan atau gaji telah dilaksanakan sebagai suatu yang penting pada zaman Muawiyah dan Umar bin Abd Aziz. Ia telah dikenali dengan nama Al-Ata dan di zaman moden ini dikenali sebagai Kasbul Amal. Tetapi akibat penjajahan dan pengaruh kuasa Barat, sistem percukaian moden telah mengenepikan sistem zakat termasuk zakat ke atas gaji. Negeri Kelantan telah mewartakan fatwa bahawa zakat pendapatan atau zakat gaji adalah diwajibkan zakat pada 16 Mac 1999.
Syarat-syarat wajib mengeluarkan zakat :-
- Islam
- Merdeka (bukan hamba)
- Sempurna Milik
- Hasil Usaha yang baik sebagai sumber zakat (pendapatan dan elaun tetap yang tidak berubah)
- Cukup nisab (85 gram emas)
- Cukup Haul (setahun)
Kaedah Mengira
Kaedah A
Nilai zakat yang wajib dikeluarkan adalah 2.5% daripada harta.
Contohnya:
Jumlah pendapatan kasar dari semua sumber dalam setahun ialah sebanyak RM33800
2.5% daripada RM 33800 ialah RM 845, jadi nilai zakat yang wajib dikeluarkan ialah RM 845
Kaedah B
A : PENDAPATAN DARI SEMUA SUMBER (SETAHUN) RM
Gaji 30000
Elaun Tetap 10000
Jumlah Pendapatan 40000
B : Tolak : PERBELANJAAN YANG DIBENARKAN (SETAHUN) RM
1. Perbelanjaan asasi
- Diri 9000
- Isteri (jika tidak bekerja) 3000
- Anak (1000 x 4 orang) 4000
- Pemberian wajib
- ibu bapa (jika miskin) 2400
- Caruman KWSP 2400
- Caruman Tabung Haji 600
- Caruman kepada institusi / koperasi
- Rawatan perubatan 400
yang telah membayar Zakat bagi pihak
ahli 1000
JUMLAH SEMUA 22800
C : PENDAPATAN BERSIH YANG LAYAK DIZAKAT (A-B)
RM40000-RM22800 = RM17200
Nilai ini sudah melebihi paras nisab
(contoh bagi nisab bagi tahun 1433H = RM 13900)
D : ZAKAT YANG WAJIB DIBAYAR IALAH
2.5% daripada RM 17200 ialah RM 430, jadi nilai wajib zakat ialah RM 430
NOTA PERINGATAN:
- JUMLAH PENDAPATAN POKOK DARI SEMUA SUMBER YANG DICAMPURKAN DI DALAM SETAHUN
- PERBELANJAAN YANG DIBENARKAN UNTUK TOLAKAN:
- DIRI 9000
- ISTERI (3000 X BILANGAN ISTERI) JIKA TIDAK BEKERJA
- ANAK (1000 X BILANGAN ANAK) JIKA BELUM MASUK IPTA
- ANAK (4000 X BILANGAN ANAK) JIKA SEDANG MENUNTUT DI IPTA LUAR ATAU DALAM NEGARA.
- IBU BAPA, KWSP, TABUNG HAJI, RAWATAN PERUBATAN DAN CERUMAN KEPADA INSTITUSI BAYAR ZAKAT (JUMLAH SEBENAR)
- JUMLAH PEMOTONGAN PERBELANJAAN UNTUK DIRI, ISTERI DAN ANAK-ANAK DIATAS ADALAH CONTOH TOLAKAN YANG DIBENARKAN IAITU PERBELANJAAN DHARURIAT (KADAR KEPERLUAAN HIDUP SEDARHANA)
*sumber dari Majlis Agama Islam Kelantan
0 comments:
Post a Comment