Assalamualaikum wbt.
Dalam al-Quran Allah sering menceritakan kita semua dengan pelbagai kisah kaum-kaum yang terdahulu yang tidak menyambahnya. Allah juga menceritakan kepada kita semua bahawa kaum-kaum yang tidak menyembahnya digantikan dengan satu kaum yang lain. Dan peristiwa ini juga boleh kita katakan ianya adalah satu revolusi, tetapi bukan revolusi rakyat, tapi revolusi sang pencipta kepada hambanya yang derhaka.
Dalam dunia kita pada hari ini, banyak sudah kita mendengar episod revolusi yang sering menjadi halwa telinga kita. Kisah ini bukan baru bermula sejah kejatuhan kerajaan Tunisia di tangan rakyanya sendiri, tetapi ianya telah bermula pada zaman sebelum ini lagi, seperti revolusi di Iran yang telah menjatuhkan sistem beraja, Sepanyol dan lain-lain lagi.
Perlu kita fahami, bahawa revolusi yang berlaku bukanlah satu perkara yang mudah untuk dilaksanakan dan ianya telah mengorbankan beribu nyawa rakyat yang tidak bersalah demi menuntut satu revolusi. Persoalannya, adakah revolusi hanya sekadar menukar rejim yang zalim sahaja?
Perlu kita ingat, bahawa perjungan menuntut revolusi menjatuhkan kerajaan yang zalim ini perlulah diisi dengan sebaiknya. Sekiranya revolusi yang begitu besar pengorbanannya ini tidak diisi dengan sebaiknya, negara tersebut akan kembali kepada takuk yang lama, yang pada asalnya kita menuntut revolusi supaya diadakan satu sistem baru yang adil, berkebajikan untuk semua rakyat bahkan keamanan seluruh rakyat. Pimpinan negara hanya bertukar tangan dari seorang ke seorang, tetapi malapetaka buruk tetap diamalkan, seperti menindas rakyat dan sebagainya.
Bagi menghadapi fanomena ini, khususnya negara kita yang mengalami revolusi pilihanraya, perlulah diisi dengan penuh strategik supaya rakyat dapat apa yang mereka perjuangkan. Lihatlah kepada negara iran selepas berlakunya revolusi, adakah keselamatan semua rakyat, kebajikan rakyat yang bermazhab sunni terjaga? Walhal kita ketahuai bahawa kerajaan islam di zaman Rasullah saw bukan sahaja orang islam dijaga, tetapi orang kafir Zimmi juga diberikan hak mereka yang sepatutnya.
Mari kita singkap kembali sejarah kemenangan Sultan Muhamad menawan kota konstionaple. Kota ini sangatlah strategik dan kuat, tetapi ianya juga berkisar soal janji nabi kita sendiri, setelah disabdakan beliau, beberatus tahun yang lalu baru direalisasikan. Siri menawan kota ini bukannya sekali, tetapi misi demi misi tetap tidak berhasil. Namun setelah Sultan Muhamad Al-Fateh memerintah, barulah hadis nabi itu terlaksana.
Apa yang menarik kita hendak bincangkan ialah, solat subuh pertama di gereja Arya-Sophia (ditukar kepada masjid Arya-Sophia). Sultan Muhamad telah bertanya, "siapa yang layak menjadi imam subuh pada hari ini, sila tampil?" Namun tidak ada dalam kalangan tenteranya yang berani tampil, lalu undian terpaksa dibuat bagi memilih imam solat subuh pada hari itu. Tuan-tuan semua sila duduk bagi sesiapa yang tidak pernah meninggalkan solat berjemaah sejak baligh?, tidak ada seorang pun yang duduk. Soalan kedua diajukan, sesiapa yang tidak pernah meninggalkan solat tahajud sejak baligh?, sebahagian dari tenteranya duduk. Soalan ketiga diajukan, sesiapa yang tidak pernah meninggalkan solat sunat rawatib sejak baligh?, semua tenteranya duduk kecuali beliau sendiri Sultan Muhamad Al-Fateh. Persoalan yang ingin dibawa disini adalah, adakah tentera beliau dilatih dengan solat jemaahnya, tahajudnya selepas kemenangan menawan kota konstionaple tersebut?, tidak! mereka dilatih sejak awal lagi, malah sejak mereka baligh lagi. Apa yang nak dikaitkan dengan cerita ini ialah, tugas sebelum revolusi dan selepas revolusi berlaku ialah, perlunya kita mendidik masyarakat dengan taqwa kepada Allah, Solat berjemaah di masjid dan sebagainya, kerana bahawanya, generasi yang tidak meninggalkan solat, adalah generasi yang berjaya seperti yang digambarkan didalam surah an-Nur.
Sidang pembaca sekalian, Sekiranya nilai-nilai ini tidak diterap selepas berlakunya revolusi, percayalah, revolusi yang dilakukan hanyalah sia-sia sahaja, bahkan hanya pemimpin sahaja yang berubah, tetapi nasib rakyat tetap ditakuk yang lama, buktinya sudah jelas, perhatikanlah negara-negara yang mengalami revolusi di peringkat awal, mereka tetap di takuk yang lama, dari segi kemajuan, kabajikan, pendidikan rakyat, ekonomi tetap sama dengan zaman sebelum revolusi

0 comments:
Post a Comment