Friday, March 2, 2012

SYRIA IN MY HEART




Dimanakah Salahuddin,
Bilakah akan keluarnya si pedang Allah Khalid Al-Walid,
Dunia Islam perlukanmu,
Berilah tunjuk ajar menentang musuh Allah.

Wahai Salahuddin,
Tahukah dikau kami umat akhir zaman ini,
Dihimpit dengan rakusnya oleh si munafik yang kejam,
Tahukah dikau, kami dibunuh oleh kuffar,
Berilah tunjuk ajar kepada kami menentang musuh Allah,
Kota suci yang ketiga telah kau tawan,
Dengan tentera yang gagah berani,
Yang lebih cintakan mati dari hidup.

Wahai Khalid,
Tahukah dikau kami ini umat yang kerdil,
Dihina dan diperkotak-katikkan oleh yahudi zionis,
Kami perlukan panglima perang seperti anda,
Anda tidak pernah ditewaskan oleh mana-mana musuh pun,
Jiwamu kental, bengis terhadap musuh,
Namun seorang abid dimalam hari sebagai hamba,
Saifullah gelaranmu,
Salah seorang yang didoakan oleh baginda Rasullulah SAW,

Wahai warga syria,
Tenanglah anda si syuhada,
Berjuanglah anda yang masih hidup,
Al-Jannah menantumu,
Lawanlah anda dengan yakin dan taqwa,

Wahai warga Syria,
Walaupun anak-anak kecil anda dibunuh,
Walaupun pemuda-pemuda anda dikelar,
Walaupun keluarga anda diseksa,
Yakinlah, Nusrah daripada Allah akan turun,
Janganlah anda mengharapkan kepada kuasa dunia,
Berjuanglah anda dengan yakin,
Allah bersama anda.

Wahai warga Syria,
Teruskan sujud Tahajjud,
Kejutlah pemuda-pemuda anda dimalam hari,
Tasbih dan Al-Quran sebagai ratipan semalaman,
Solat Dhuha dan hajat sebagai motivasi,

Wahai Umat Islam,
Teruskanlah menghantar doa-doa anda kepada umat Islam di Syria,
Qunut Nazilah adalah amalan di akhir rakaat solat,
Qiamullai untuk warga syria,
Bantulah dari segenap sudut pun.

Berbaiahlah kepada Allah sehingga tititsan darah terakhir,
Jannah menanti anda,
Allah takkan biarkan anda


2 comments:

suka the 'green' of warrior tu..
semangat hijau ok...alhamdulillah...warna sunnah, akaq like this 1 haa..<3!

The Green Warriors...Panglima/pahlawan hijau...sebab semasa perang badar(kalau x silap) ada tentera2 yang berlawan bersama sahabat pada masa itu, ada tentera yang berpakaian serba hijau, ketika itu, para sahabat semua tidak mengenali watak "serba hijau" itu, dikatakan waktu serba hijau itu adalah malaikat yang diutus khas untuk membantu tentera muslimin ketika itu, sempena dengan peristiwa itu, saya namakan "The Green Warriors" yang bermaksud, Panglima atau pahlawan hijau...

Post a Comment