Monday, May 6, 2013

PRU-13 Lupakan Kisah Semalam, Mulakan Kehidupan Baru Hari Esok

Angin tidak selalunya kencang, ada kalanya bayu lembut yang menyenangkan hati. Sebaik sahaja keputusan pliharaya diumumkan, yang menang menjadi kerajaan dan pemimpin bagi rakyat Malaysia. Tiap malam bekerja tanpa mengira erti penat lelah, demi menjaga hak rakyat. Ada duri-duri ketidaktelusan yang menyakitkan. Namun begitu, analisanya harus bermula pada hari ini, untuk membentuk kemenangan pada masa depan.

Isu-isu yang dibangkitkan semasa pilihanraya baru-baru ini, berjaya menawan hati pengundi parti masing-masing. Bermulanya di pihak kerajaan mendakwa pemimpin pembangkang dalam "salah laku seks", tidak sefahaman antara sesama mereka, akan bawa kuasa asing campur tangan dalam negara dan sebagainya. Manakala parti pertengahan cukup memberikan impak di dalam PRU-13 kali ini, dengan isu sensasi mereka, parti DAP yang dikuasai oleh china, akan menawan Malaysia, rasict dan sebagainya.

Manakala dari kem pembangkang pula, pelbagai dakwaan salah laku pemimpin-pemimpin utama kerajaan, yang melibatkan rasuah, songlang wang negara sehingga berbilion ringgit. Dengan ketidaktelusannya SPR, dan pelbagai isunya lagi.

Pola perubahan PRU-13 kali ini, cukup mendebarkan. Tidak dinafikan pengaruh kuasa ketiga, memberikan impak yang cukup besar dalam pilihanraya kali ini.

Negara Amerika terkenal dengan semangat demokrasinya, tidak pernah membayangkan yang mereka akan mendapat Presiden yang berkulit hitam. Apa yang pentingnya, agama kristian akan tetap menjadi agama rasmi negara. Datanglah sesiapapun, agama rasmi mereka adalah kristian, tidak kiralah, pemenangnya siapa, presiden yang baru mestilah mengankat sumpah dengan kitab bible. Ini membuktikan, rakyat di Amarika, matang dalam hal ini, mereka mengira, siapa sahaja boleh menjadi presiden, asalkan akan membawa perubahan untuk mereka, isu agama, tidak pernah dipersoalkan, sebaliknya, keadilan sejagat dan manifesto yang akan menjadi hebahan. Di Malaysia, kita tidak akan terus maju, sekiranya kita masih bertelagah tentang isu kaum dan bangsa, tanggapan ini perlu dirubah sebenarnya. Sesiapapun boleh menjadi perdana menteri, asalkan tidak menggugat agama islam sebagai agama rasmi. Tun Dr Mahathir pernah menyebut, "jangan terkejut suatu hari nanti, sekiranya kaum cina yang menjadi perdana menteri". Sikap rasis terhadap perkauman dan bangsa, akan membantutkan kemajuan negara. Pembodohan terhadap rakyat luar bandar perlu dikikis. Islam tidak pernah mengajar perkauman dan sebagainya, sebaliknya, islam mengajar mengenal Allah melalui bangsa, dan bukannya bermegah-megah dengan bangsa sendiri. Seorang cina tidak pernah mintak untuk dilahirkan sebagai cina, seorang india tidak pernah minta untuk dilahirkan sebagai india, semuanya adalah ketentuan Allah. Tetapi, manusia boleh memilih agama untuk dianuti, dan setiap pilihannya, akan dipersoalkan diakhirat kelak.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz sendiri pernah menyebut, saya tidak kisah siapapun yang akan menjadi menteri besar kelantan, hatta cina sekalipun, yang penting, dia beriman dan bertaqwa. Apalah gunanya kalau kita mempunyai pemimpin melayu yang korup, berbanding cina yang telus?. Asasnya, manusia mempunyai naluri yang sama, iaitu menyukai keadilan, membenci kejahatan.


Pernah ke kita mendengar yang Barrack Obama akan menjual negara atau menukarkan agama rasmi kepada islam? sekali-kali tidak. Adakah dengan memilih Obama sebagai presiden menyebabkan mereka hilang kuasa? sekali-kali tidak. Rakyat Amarika ketika itunya, mereka mengakui Obama adalah pilihan tepat mereka ketika itunya, jika tidak, mana mungkin Obama akan memenangi jawatan presiden buat kali yang keduanya?. Mungkin akan ada yang mengkritik, tetapi kita harus berfikir dengan lebih jujur dan bebas dari semangat perkauman, siapa yang mahu berulangnya peristiwa 13 Mei ? sudah tentunya tidak. Kita membenci melayu yang korup dan busuk hatinya, mencuri wang rakyat dan sebaginya.

Hentikanlah isu perkauman, kita mulakan hidup yang baru, memacu negara dengan gahnya, isu-isu perkauman akan hanya membangkitkan semangat benci sesama kita. Hari ini kita akan mempersoalkan kaum cina, tidak mustahil kita akan mempersoalkan kaum lain juga nanti. Semangat bangsa akan sangat membantutkan negara. Ayuh kita mulakan politik baru dan dinamik, yang memperjuangkan nasib rakyat. Mana-mana pemimpin yang rasuah, kita hapuskan.

Kaum Muhajirin dan Ansar boleh bersatu atas nama islam, umumnya kita semua tahu, mereka ini bergaduh selama berpuluhan tahun, akhirnya, mereka dapat disatukan atas nama islam dan akhirnya, berjaya membentuk kerajaan yang kuat bersama dengan baginda nabi Muhammad SAW. Hentikanlah politik perkauman. Seharusnya kita tahu, yang hak selamanya tidak bersama dengan batil.

Kita harus tahu, salah satu faktor runtuhnya khilafah turki Uthmaniah adalah berpunca dari semangat "negara bangsa" yang dicanang oleh pihak British, yang menyebabkan, berlakunya perpecahan negara, antara arab dan turki yang akhirnya menguntungkan pihak British. Semangat bangga dengan bangsa, menyebabkan kita tidak akan bersama selamanya membentuk negara yang kuat. Tahukah kita, khilafah Islamiah terbentuk dengan pelbagai bangsa dibawahnya?

Matlamat yang jelas adalah islam, tetapi dengan menggunakan semangat kebangsaan, akan menyebabkan bangsa lain iri hati. Apa kurangnya mereka, sedangkan mereka adalah penghuni di bumi ini. Cuba bayangkan, sekiranya penghuni pertama yang menghuni negara kita adalah cina, adakah kita akan rasa apa yang mereka rasa pada hari ini? Bumi ini milik semuanya, bukan hanya milik melayu sahaja.

Mulakanlah politik yang baru dan matang, jangan hanya menuduh orang rasis dan sebagainya. Bekerjalah hari ini untuk keredhaan Allah, pastinya kemenangan akan berhasil suatu hari nanti.

PRU-14 = 2018, adalah kemenagan untuk rakyat Malaysia.




















0 comments:

Post a Comment