Tanggal 5 Mei 2013, adalah hari bersejarah buat rakyat Malaysia. Parti-parti politik yang bertanding di seluruh tempat, pastinya mengharapkan kemenangan bagi pihak mereka. Parti pembangkang khususnya, mereka telah berjuang bertahun-tahun demi sebuah kemenangan menjatuhkan sebuah kerajaan yang dianggap zalim.
Rata-rata kajian menunjukkan bahawa mereka dikatakan mendahului dari segi kempen, dikatakan setiap ceramah dan setiap kawasan yang mereka turun, pastinya menjangkaui puluhan ribu orang, seolah-olah kemenangan bagi pihak mereka semakin hampir.
Suka saya mengimbau kembali sejarah perang hunain yang berlaku pada bulan syawal tahun kelapan hijrah, yang mana salah satu peperangan di dalam sejarah islam, bilangan tentera muslim melebihi bilangan tentera musuh. Perlu kita tahu satu fakta, yang mana, setiap peperangan yang disertai tentera muslim, bilangan mereka adalah lebih kecil berbanding tentera musuh, dan setiap peperangan yang mereka hadapi, kemenangan berpihak pada mereka. Namun begitu, peristiwa peperangan hunain ini, berbeza situasinya, yang mana bilangan tentera muslim, jauh lebih besar dari tentera musuh.
Peristiwa ini dirakamkan dalam al-Quran, surah at-taubah ayat 25-27. Secara mafhumnya, kita dapati pada ayat ini, Allah s.w.t menyatakan,
1) Bilangan yang ramai tentera muslim
2) Tidak memberikan manfaat apa pun pada kamu
3) Bumi yang luas terasa sempit
4) Lari ke belakang lintang-pukang dan porak peranda diserang musuh, meskipun ramai
5) Kemudian Allah memberikan kemengan kepada orang yang beriman dan menerima taubat mereka.
6) Allah menurunkan bala tentera yang kamu tidak dapat melihatnya.
Di dalam tragedi peperangan hunain ini juga berlaku peristiwa ketidakpuasan hati kaum ansar kepada Rasullulah saw, kerana baginda mengembalikan harta rampasan dan keluarga dan menambahkan 100 ekor unta kepada musuh yang bersembunyi di Thaqif sekiranya mereka memeluk Islam.
Beberapa Ibrah yang dapat kita lihat dengan situasi kita pada hari ini, dapat kita aplikasikan sirah nubuwah ini dalam kehidupan kita pada hari ini.
Pilihan raya umum negara Malaysia yang ketiga belas adalah sangat penting kepada pakatan rakyat khususnya, mereka seharusnya ingat dan waspada, bahawa setiap ceramah dan kempen yang mereka anjurkan, seolah-olah mereka telah berjaya menawan hati pengundi, harus diingat, peristiwa perang hunain ini menjadi pengajaran penting bagi kita semua, bahawa, bilangan yang ramai menyokong pakatan rakyat, tidak semestinya kemenangan berpihak kepada kita. Allah telah menjelaskan di dalam al-Quran, bahawa bilangan yang ramai tidak memberikan apa-apa kesan sekalipun, sehararusnya kita ingat dan jangan lupa, tembakan doa-doa dan ketaqwaan kepada Allah, menjadi sandaran yang amat penting bagi kita menghadapi pilihanraya umum ini nanti.
Jangan kita lupa dan leka dengan jumlah sokongan yang menutup hati-hati kita supaya pergantungan yang sebenarnya adalah daripada Allah s.w.t sepenuhnya. Umumnya kita semua tahu, kemenangan kita untuk menumbangkan kerajaan zalim semakin hampir, kita harus mempersiapkan segala kelengkapan dan iman yang penuh menghadapi situasi ini. Ingatlah kemenangan bukannya datang dengan "kuantiti" ramainya yang menyokong kita, tetapi "kualiti" kebergantungan kita dengan Allah s.w.t.
Perlu diingat juga, semasa penawanan kota Konstantin di Turki, sultan Muhamad Al-Fateh sendiri pada satu ketikanya mengalami "down spirit", kerana susah untuk menembusi benteng pertahanan musuh yang sangat kebal pada ketika itunya. Umumnya kita mengetahui, bilangan tentera Al-fateh juga berkali ganda lebih ramai dari bilangan musuh, walaupun berbekalkan senjata yang tercanggih pada abad itunya, namun mereka masih lagi tidak dapat menumpaskan musuh. Namun, nasihat spiritual dari "mentornya" sheikh aq-Syamsuddin, mengembalikan semangat moral dan seterusnya mencapai kemenagan yang sangat gemilang kepada Sultan Muhammad Al-Fateh. Apa pesanan mentornya?, kebergantungan, pengharapan dan doa kepada Allah, adalah lebih penting dari segalanya (dikatakan sultan pada ketika itunya, sedikit terleka dari bergantung kepada Allah, beliau dikatakan lebih menumpukan aspek kekuatan lahiriah sahaja). Akhirnya, apabila pergantungan dan pengharapan kepada Allah sepenuhnya, Allah menurunkan kemenangan dengan memberikan ilham, strategi yang sangat "gila" dan terbaik yang tidak pernah terfikir oleh sesiapapun. Memindahkan kapal-kapal perang melalui bukit.
Bermulanya saat dan detik ini, perkuatkan kempen dan jentera kempen, dan jangan lupa, serulah jentera-jentera kempan, dengan amal-amal, perbanyakkan doa dan solat hajat, moga-moga allah akan bantu kemenangan kita pada PRU kali ini.
Mereka ada hantu, tetapi kita ada Allah yang akan memberikan nusrah(pertolongan) untuk kemenangan kita ini.
Bangkitlah Umat
Ini Kalilah...
0 comments:
Post a Comment